Saturday, May 24, 2014

RAWAT ENDOMETRIOSIS DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?  Bagaimana dengan hari anda hari ini?  Syukur dengan izin Allah dapat lagi saya berkongsi dengan anda semua tentang “endometriosis”.

Saje nak share, dulu masa zaman anak dara, saya antara salah seorang yang turut mengalami endometriosis ni.  Boleh dikatakan setiap kali datang bulan, ia akan berlaku.  Sampaikan rasa trauma bila hampir-hampir nak datang bulan.  Sakitnya Allah je tahu.  Panadol warna pink untuk senggugut tu memang sentiasa ada di sisi.

Selain mengambail panadol pink kaler tu, saya amalkan teknik sujud.  Memang lega rasanya. Ajaib pulak rasa..=) Yang paling saya gembira, lepas saya bersalin czer hari tu, penyakit ni hilang gitu je.  Saya pun tertanya-tanya macam mana boleh jadi macam tu?  Syukur sangat-sangat sebab dah tak perlu nak trauma lagi, dah boleh say good bye kat panadol pink..ngeh ngeh ngeh..

Ok lah, dah banyak sangat membebel ni, jom kita baca pula pasal endometrisis ni.

Apa itu “endometriosis”?

Endometriosis bermaksud tisu dari selaput dalam rahim (dipanggil endometrium) tumbuh di luar rahim dan biasanya luruh bersama darah haid. Campuran darah dari rahim dan tisu-tisu yang sudah berkecai daripada lapisan endometrium ini, bersama kuman-kuman bakteria inilah dipanggil ‘darah kotor’ atau darah haid.

Apakah tanda-tanda endometriosis?

Tanda-tanda endometriosis ialah sakit pada bahagian bawah perut dan pinggang. Kesakitan ini amat dirasai di bahagian ari-ari dan juga bawah pinggang sebelum datangnya haid. Kesakitan akan reda setelah dua atau tiga hari kedatangan haid tetapi ada sesetengah kes sakit senggugut tersebut masih tidak hilang selepas habis haid. Ini mungkin petanda endometriosis sudah di peringkat teruk, di mana ia telah merebak ke dinding rahim atau otot rahim.

Bagaiman dan mengapa ia terjadi?

Sehingga hari ini pakar perubatan masih tidak mengetahui punca utama mengapa masalah ini berlaku. Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia mengalami endometriosis di mana 30 hingga 40 peratus di antaranya mandul. Stress, cepat panik, terlalu mementingkan kerjaya serta wanita ber I.Q tinggi dikatakan sering mendapat penyakit ini.

Bagaimana set kesuburan Shaklee rawat endometriosis?


Dalam Shaklee 3 suplemen dicadangkan :

1. B Complex


·       Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
·       Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
·       Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
·       Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
·       Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.


2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium)

·       Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
·       Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
·       Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. GLA Complex

·       Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
·       Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
·       Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

Insyallah mungkin dengan bantuan daripada set senggugut Shaklee ini mungkin dapat membantu wanita-wanita di luar sana yang mengalami masalah ini.  Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian yang tertera di bawah.  
Saya akan berikan konsultasi terbaik buat pelanggan saya sahaja.  Ingat, jika cara makan salah, maka hasilnya akan kurang memuaskan.

Whatapps : 019-9878202

Fb : ezda_sheeda88@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment